Adab Adab Suami Ketika Istri sedang Mengandung



Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggung jawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu.Ada suami ketika isteri mengandung melibatkan emosi.
Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. 


Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedangmengandung :


* 1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
* 2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
* 3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum tidur.
* 4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.
* 5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” Maksudnya : “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”
* 6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fisik, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya memompa darah 
40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.


Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah untuk menjaga hati para isteri.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adab Adab Suami Ketika Istri sedang Mengandung"

Post a Comment